ALHAMDULILLAH setelah empat tahun berhempas pulas berebut-rebut tremco dan teksi dengan arab untuk kekuliah , berhempas pulas naik tangga turun tangga kuliah , musim silih berganti , musim sejuk digantikan dengan musim panas , musim panas digantikan dengan musim , akhirnya tahun 2011 satu sejarah telah dicipta iaitu apabila insan yang lemah ini telah dinobatkan sebagai graduan baru tamat ijazah pertama pada musim sejuk.
ALHAMDULILLAH ribuan terima kasih kupanjatkan buat ILAHI , Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda yang telah memberi sokongan dari awal pengajian sehingga akhir pengajian , menyara diri insane yang lemah ini dengan member i wang saku bulanan secukup dan sekadar untuk hidup, tidak ada kemewahan yg dapat dikecapi, tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidik diri insan ini secara langsung mahupun tidak langsung , di kuliah mahupun di masjid-masjid berdekatan.
Itu baru hanya sebahagian dari hidup , masih ada lagi kekosongan-kekosongan yang perlu diisi. Kekosongan pertama , siapa yang bakal bergelar permaisuri buat insan yang lemah ini , sebenarnya perkara ini telah sudah tertulis didalam suratan ILAHI dan sudah ditentukan oleh ALLAH S.W.T Cuma belum tiba masanya lagi. Siapa insane tersebut hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui , diri ini hanya berdoa dan berusaha sekadar yang termampu.
Kekosongan yang kedua ialah kosongnya diri ini dengan ilmu , apa yang ditimba tak ubah seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau pun dalam ungkapan yang lain masuk angin keluar asap. Terdetik dihati untuk berada bumi ardhul kinanah ini lagi…namun family yang berada di Malaysia sering bertanya bila nak balik? Bila nak balik? Menyebabkan hati ini terpaksa melupakan hasrat dan cita-cita untuk sambung keperingkat yang seterusnya dibumi yang penuh dengan permata ilmu, mungkin sudah tertulis rezeki buat diri insan yang lemah ini sekadar dapat merasai dan menggenggam ijazah sarjana muda dari universiti yang terulung dan tertua didunia , tidak merasai untuk menggenggam ijazah sarjana mahupun ijazah doktor falsafah ataupun ijazah pasca doctor falsafah. Diri dan hati ini pasrah dengan ketentuan tersebut.
Mungkin sudah tiba bagi diri insan yang lemah ini untuk menabur bakti dan berkhidmat kepada masyarakat menyampaikan sekadar apa yang diperolehi . Satu perkara yang amat diharapkan ialah apa yang diperolehi adalah sesuatu yang diberkati , kerana dengan keberkatan akan melahirkan rasa ketakwaan dan kehinaan diri terhadap sang pencipta , kesemua ini akan lahir dari satu perkara iaitu hati yang bersih dan suci. Ilmu yang berkat walaupun sedikit ianya amat bermanfaat dan dapat dikongsi oleh orang lain , Ilmu yang banyak tetapi tidak ada keberkatan nescaya tidak dapat dikongsi dan dimanfaat oleh orang lain. Sama-samalah kita renungilah kata-kata Imam AS-Syafie R.A:-
ليس العلم ما حفظ والعلم ما نفع
Ertinya : . Bukanlah Ilmu itu apa yang dihafal , tetapi Ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan
(dipetik dari Dewan Imam As-Syafie).
(dipetik dari Dewan Imam As-Syafie).
Ada ketepatannya juga apa yang diungkapkan oleh Imam As-Syafie , Ramai orang boleh menghafal Al-quran dan ilmu , tapi berapa ramai yang dapat memanfaatkan perkara tersebut , memanfaatkan Al-Quran untuk diri sendiri dan masyarakat , memanfaatkan Al-Quran untuk masyarakat serta memanfaatkan ilmu kepada masyarakat.
Renung dan fikir-fikirkanlah apa yang telah dikatakan oleh imam Asy-Syafie R.A.
alfaqir ila ALLAH..mkbh...damnhur 2011.