PESANAN BUAT MEREKA YANG CINTAKAN ILMU.

قال الإمام برهان الزرنوجي :-

تعلم فإن العلم زين لأهله # وفضل وعنوان لكل المحامد

وكن مستفيدا كل يوم زيادة # من العلم واسبح فى بحور الفوائد

تفقه فإن الفقه أفضل قائد # إلى البر والتقوى وأعدل قاصد

هو العلم الهادي إلى سنن الهدى # هو الحصن من جميع الشدائد

فإن فقيها واحدا متورعا # أشد على الشيطان من ألف عابد

bunga maksud yang tersirat

bunga maksud yang tersirat
SELAMAT DATANG........
table>

widgeo.net

ayyuhal walad

النصيحة الأولى
  
أيها الولد

من جملة ما ما نصح به رسول الله صلى الله أمته قوله


علامة إعراض الله تعالى عن العبد اشتغاله بما لا يعنيه , وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره فى غير ما

خلق له لجدير أن تطول عليه حسرته , ومن جاوزالأربعين ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

وفى هذه النصيحة كفاية لأهل العلم

Nasihat Yang Pertama :-

Wahai anaku yang tercinta.

Sebahagian dari nasihat yang telah diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada 

umatnya ialah sabdanya yang berbunyi : 

(( Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah S.W.T daripada seseorang hamba apabila ia selalu 

mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang 

telah digunakan pada perkara yang bukan merupakan tujuan hidupnya ( iaitu beribadat kepada ALLAH ) 

maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari qiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih 

daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi dan mengatasi keburukannya 

/keburukannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka. )) 

Perkara ini sudah cukup untuk dijadikan nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Dipetik dari Ayyuhal Walad : Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al- Ghazali

( Imam Ghazali R.A)



النصيحة الثانية

أيها الولد

النصيحة سهلة , والمشكل قبولها , لأنها فى مذاق متبعي الهوى مرة , إذ المناهي محبوبة فى قلوبهم
,
وعلى الخصوص لمن كان طالب العلم الرسمي مشتغل فى فصل النفس ومناقب الدنيا , فإنه يحسب أن

العلم المجرد له سيكون نجاته وخلاصه فيه , وأنه مستغن عن العمل وهذا اعتقاد الفلاسفة سبحا ن الله

العظيم !! لا يعلم هذا القدر أنه حين حصل العلم إذا لم يعمل به تكون الحجة عليه ىكد كما قال رسول الله

صلى الله عليه وسلم (( أشد الناس عذابا يوم القيامة عالم لا ينفعه الله بعلمه )) وروي أن الجنيد رضي الله

عنه رئي فى المنام بعد موته , فقيل له : ما الخبر يا ابى القاسم ؟ قال : طاحت تلك العبارات وفنيت تلك

الإشارات وما نفعنا إلا ركيعات ركعناها فى جوف الليل.

Nasihat yang kedua:-

Wahai anaku yang tercinta :

Memberi nasihat itu mudah, yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan 

tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya. Nafsu sangat mencintai perkara-

perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ILMU yang rasmi (maksudnya mencari ILMU 

supaya mendapat suatu gelaran rasmi) dan sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan dirinya dan 

menghimpunkan kesenangan dalam dunia. Kerana Orang yang seperti ini selalu menganggap bahawa hanya 

dengan sekadar memperolehi ILMU itu sudah cukup menjadi sebab keselamatan dan sebab kebahgiaannya 

dan ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu. Orang yang seperti ini sebenarnya telah 

terpengaruh dengan I’tiqad dan aliran pemikiran yang seperti ini bukankan ia telah mengetahui bahawasanya 

seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah 

diketahuinya itu. Nanti pada hari Qiamat ia akan disoal dengan soalan yang lebih berat lagi daripada orang 

yang tidak mengetahui apa-apa. Seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W : 

(( Orang yang paling pedih seksaannya di pada hari Qiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi

manfaat akandia oleh ALLAH dengan ilmunya))

Dan diriwayatkan dari Imam Al-Junid Al-Baghdadi Qaddasa ALLAHU Sirrahu Bahawa seorang yang telah 

bermimpi bertemu dengan beliau diwaktu tidurnya selepas kematian beliau, Lalu orang ini bertanya kepada 

Imam Al-Junaid Al-Baghdadi dengan katanya : Apa khabar kamu wahai Abu Al-Qasim 

(Al-Imam Junaid Al-Baghdad). Lalu Imam Al-Junaid Al-Baghdadi menjawab : Sebenarnya telah hilang segala

ILMU yang zahir dan juga telah hilang ILMU yang batin. Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali

hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.