Apakah yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran?
Sebelum membaca atau mengulangkaji pelajaran sebaiknya-baiknya :-
1. Hendaklah kita berada dalam keadaan berwudu’ kerana para ulama’ berwudu sebelum menulis hasil karya dan kitab mereka dalam keadaan berwudu’. Apa salahnya sekiranya kita mengikuti jejak langkah para ulama serta menjadikan mereka sebagai ROLE-MODEL.
2. Baca ayat suci AL-Quran sekurang-sekurangnya 5 ayat.
Ketika hendak membaca dan mengulangkaji :-
1. Baca Al Fatihah 3 kali
a) Niat disedekahkan kepada Anbiya dan Rasul
b) Niat disedekahkan kepada Ibu Bapa
c) Niat disedekahkan kepada Guru-guru dan pensyarah yang mengajar kita.
2. Baca SuraH Al-Insyirah
Sehingga ke akhir ayat
BACA DOA
a. اللهم نوِّر قلبى بنور هدايتك كما نورت الأرض بنورك شمسك أبدا
b. ربي زدني علما وارزقني فهما
c. اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن وأعوذبك العجز والكسل وأعوذبك من الجبن والبخل وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال.
Masa yang terbaik untuk membaca dan mengulang kaji ialah sebelum subuh kerana Keadaan ketika itu amat tenang. Kita dapat memberi tumpuan yang lebih.