PESANAN BUAT MEREKA YANG CINTAKAN ILMU.

قال الإمام برهان الزرنوجي :-

تعلم فإن العلم زين لأهله # وفضل وعنوان لكل المحامد

وكن مستفيدا كل يوم زيادة # من العلم واسبح فى بحور الفوائد

تفقه فإن الفقه أفضل قائد # إلى البر والتقوى وأعدل قاصد

هو العلم الهادي إلى سنن الهدى # هو الحصن من جميع الشدائد

فإن فقيها واحدا متورعا # أشد على الشيطان من ألف عابد

bunga maksud yang tersirat

bunga maksud yang tersirat
SELAMAT DATANG........
table>

widgeo.net

Monday, November 14, 2011

Gembira……. Sedih


ALHAMDULILLAH  setelah empat tahun berhempas pulas berebut-rebut tremco dan teksi dengan arab untuk kekuliah  , berhempas pulas  naik tangga turun tangga kuliah , musim  silih berganti ,  musim sejuk digantikan dengan musim panas , musim panas digantikan dengan musim , akhirnya tahun 2011 satu sejarah telah dicipta iaitu apabila insan yang lemah ini telah dinobatkan sebagai graduan baru tamat ijazah pertama pada musim sejuk.
ALHAMDULILLAH ribuan terima kasih kupanjatkan buat ILAHI , Terima kasih juga buat ayahanda dan bonda yang telah memberi sokongan dari awal pengajian sehingga akhir pengajian , menyara diri insane yang lemah ini dengan member i wang saku bulanan secukup dan sekadar untuk hidup, tidak ada kemewahan yg dapat dikecapi,   tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah mendidik diri insan ini secara langsung mahupun tidak langsung , di kuliah mahupun di  masjid-masjid berdekatan.
Itu baru hanya sebahagian dari hidup , masih ada lagi kekosongan-kekosongan   yang perlu diisi. Kekosongan pertama , siapa yang bakal bergelar permaisuri buat insan yang lemah ini ,  sebenarnya perkara  ini  telah sudah tertulis didalam suratan ILAHI dan sudah ditentukan oleh ALLAH S.W.T  Cuma belum tiba masanya lagi. Siapa insane tersebut hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui , diri ini hanya berdoa dan  berusaha sekadar yang termampu.
Kekosongan yang kedua ialah kosongnya  diri ini dengan ilmu , apa yang ditimba tak ubah seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau pun dalam ungkapan yang lain masuk angin keluar asap.  Terdetik dihati untuk berada bumi ardhul kinanah ini lagi…namun family yang berada di Malaysia sering bertanya bila nak balik? Bila nak balik? Menyebabkan hati ini terpaksa melupakan hasrat dan cita-cita untuk sambung keperingkat yang seterusnya dibumi yang penuh dengan permata ilmu, mungkin sudah tertulis rezeki buat diri insan yang lemah ini sekadar dapat merasai dan  menggenggam ijazah sarjana muda dari universiti yang terulung dan tertua didunia , tidak merasai untuk menggenggam ijazah sarjana mahupun ijazah doktor falsafah  ataupun ijazah  pasca doctor falsafah. Diri dan hati ini pasrah dengan ketentuan tersebut.
Mungkin sudah tiba bagi diri insan yang lemah ini untuk menabur bakti dan berkhidmat kepada  masyarakat menyampaikan   sekadar apa yang diperolehi . Satu perkara  yang amat  diharapkan ialah apa yang diperolehi adalah sesuatu yang diberkati , kerana dengan keberkatan akan melahirkan rasa ketakwaan dan kehinaan diri terhadap sang pencipta ,  kesemua ini akan lahir dari satu perkara iaitu hati yang bersih dan suci. Ilmu yang berkat walaupun sedikit ianya amat bermanfaat dan dapat dikongsi oleh orang lain , Ilmu yang banyak tetapi tidak ada keberkatan nescaya tidak dapat dikongsi dan dimanfaat oleh orang lain. Sama-samalah kita renungilah kata-kata  Imam AS-Syafie R.A:-
ليس العلم ما حفظ  والعلم ما نفع
Ertinya : . Bukanlah Ilmu itu apa yang dihafal  , tetapi  Ilmu itu ialah apa yang dimanfaatkan
(dipetik dari Dewan Imam As-Syafie).
 Ada ketepatannya juga apa yang diungkapkan oleh Imam As-Syafie , Ramai orang boleh menghafal Al-quran dan ilmu ,  tapi berapa ramai yang dapat memanfaatkan perkara tersebut ,  memanfaatkan Al-Quran untuk diri sendiri dan masyarakat , memanfaatkan Al-Quran untuk masyarakat serta memanfaatkan ilmu kepada masyarakat.
Renung dan fikir-fikirkanlah apa yang telah dikatakan oleh imam Asy-Syafie R.A.

alfaqir ila ALLAH..mkbh...damnhur 2011.

Wednesday, October 19, 2011

Afhkjit.zmmnsmg;lfkam.whruieog.,fn’xlptr
ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÊÈ   ßôJysø9$# ¬! Å_Uu šúüÏJn=»yèø9$# ÇËÈ   Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$# ÇÌÈ   Å7Î=»tB ÏQöqtƒ ÉúïÏe$!$# ÇÍÈ   x$­ƒÎ) ßç7÷ètR y$­ƒÎ)ur ÚúüÏètGó¡nS ÇÎÈ   $tRÏ÷d$# xÞºuŽÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ   xÞºuŽÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgøn=tã ÎŽöxî ÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgøn=tæ Ÿwur tûüÏj9!$žÒ9$# ÇÐÈ  
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.