PESANAN BUAT MEREKA YANG CINTAKAN ILMU.

قال الإمام برهان الزرنوجي :-

تعلم فإن العلم زين لأهله # وفضل وعنوان لكل المحامد

وكن مستفيدا كل يوم زيادة # من العلم واسبح فى بحور الفوائد

تفقه فإن الفقه أفضل قائد # إلى البر والتقوى وأعدل قاصد

هو العلم الهادي إلى سنن الهدى # هو الحصن من جميع الشدائد

فإن فقيها واحدا متورعا # أشد على الشيطان من ألف عابد

bunga maksud yang tersirat

bunga maksud yang tersirat
SELAMAT DATANG........
table>

widgeo.net

Thursday, October 21, 2010

10 Wasiat Imam As-Syafie

1. HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati
dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA
HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sama-samalah kita renungi wasiat dari seorang Al-Imam Mazhab dan Mujtahid Agung, ada kebaikan untuk kehidupan seharian kita.....


peringatan buat diri yang sering lupa

Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::::..Wahai MATA yang pernah melihat maksiat..menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..bagi TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat..sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..wahai JIWA yang hitam dan berkarat..perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan..kembalilah ke pangkal jalan..sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana..kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di negeri Akhirat...::

Wednesday, August 11, 2010

Natijah Exam

ALHAMDULILLAH….selepas tamatnya imtihan tentu sekali ramai yang menunggu keputusan imtihan tersebut.Tanggal 5 Ogos telah berlalu,ianya merupakan tarikh keramat dan tarikh bersejarah serta tarikh muktamad kerana natijah bagi tahun 3 syariah telah keluar ALHAMDULILLAH natijahnya ok lulus “ with carry one subject” usul fiqh dan taqdir madah banyak mata kail “maqbul” hanya 2 madah sahaja yang mendapat taqdir jayyid…BI & fiqh Muasarah. Walau apapun yang telah berlaku itulah qada’ dan qadar dari ALLAH…ALLAH juga maha adil…..ALLAH jua yang maha mengetahui disebalik antijah tersebut.



Bagi kawan-kawan di tahun 3 yang terpaksa mengheret sebeban madah jangan putus asa…jangan mudah mengaku kalah…diri insan yang lemah ini pun terkandas 3 tahun di tahun yang sama….dari 12 madah buang 6…iadah buang 2 madah baki 4…..istisna’ buang tiga dari 4…apa pun diri ini panjatkan jutaan kesyukuran .......
Terimalah natijah tersebut dengan penuh terbuka dan seadanya ….ingat ! jangan sesekali memaki guru, kerana akan menghilangkan keberkatan dalam menuntut ilmu…mereka adalah auliya……kecil atau besar kewalian mereka hanya ALLAh sahaja yang mengetahuinya…..keikhlasan mereka mendidik anak-anak azhari amat jelas sekali di raut wajah mereka. Kita sahaja sebagai azhari tidak pandai hendak memanfaatkan peluang tersebut. Doktor-doktor boleh datang jauh dari segenap pelusuk Mesir…mengorbankan berpuluh-puluh ringgit demi menyampaikan ilmu …… sayang sekali ….kita boleh bersedap-sedap tidur di rumah….seolah-olah tidak mahu menghargai hadiah tersebut…selepas nih janganla malas-malas untuk ke kuliah…luangkan masa di dalam kuliah al-Imam Malik Rahimahullah pernah berkata “ العلم تؤتى ولن تأتى “ ilmu itu perlu di cari bukan ia yang mencari…….cantik sungguh kiasan Imam Malik…bagi mereka yg memikirkan dengan hati tentu sekali akan berfikir panjang mengenai kiasan tersebut…bagi yang buta mata hati…kiasan ini dianggap perkara biasa sahaja…….buatlah satu anjakan paradigmma dalam diri..persatuan..persatuan juga.......jangan sampai abaikan tugas menuntut ILMU



Mengenai madah yang di bawa…..memangla antara madah yang agak susah…..ini merupakan kali keempat insane yang lemah ini terpaksa mengambilnya…..tetapi itulah realitinya ilmu usul fiqh….ilmu yang menjadi nadi kepada sumber pengistinbatan hukum fiqh….. tanpa pemahaman yang mantap terhadap ilmu ini maka akan kucar kacirlah institusi fatwa dalam menyelesaikan permasalahan masalah hukum fiqh turas mahupun fiqh semasa…..


Salam Ramadhan Buat Semua…..maafkan diri insan yang lemah ini sekiranya ada melakukan kesalahan yang disedari ataupun tidak

Friday, July 16, 2010

WARKAH BUAT ADIK-ADIKU

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum W.T.H….
Ingatlah adik-adiku, kita telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan sebaik-baik ciptaan. Kita juga adalah sebaik-baik makhluk yang melata dimuka bumi ini kerana telah dikurniakan akal untuk berfikir, kita juga telah dikurniakan IlMU untuk dijadikan penyuluh kehidupan kita. Kita juga adalah semulia-mulia makhluk kerana telah dikurniakan Nafsu. Tetapi kalian harus ingat, jangan biarkan nafsu menguasai diri kalian sebaiknya biarlah iman yang menguasai kalian. Sekalipun IMAN itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan. kurangnya IMAN adalah disebabkan kalian telah menjauhkan diri untuk melakukan ketaatan kepadanya, bertambahnya IMAN disebabkan kalian patuh dan taat kepada perintahnya dan kalian telah merasai HALAWATUL IMAN.

Ingatlah adik-adiku jika terdapat kecacatan pada diri kita ianya adalah ujian dari-NYA untuk kita. Kiranya kita bersyukur dengan dengan apa yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita nescaya rahmat ALLAh akan sentiasa bersama kita. Jadi usahlah engkau bimbang, apa yang berlaku pada kalian ada HIKMAH yang tersirat sebaliknya.

FIRMAN ALLAH S.W.T :

      


4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). ( SURAH AT-TIN : 4)



     

5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. (SURAH AL-ALAQ : 5)



Tujuan penciptaan kita adalah untuk beribadat dan melakukan ketaatan kepada -NYA selaku AL-KHALIK yang layak disembah HUWA HAYYUN LA YAMUT.



      

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( SURAH AZ-DZARIYAT : 56 )


Ibadat dan penyembahan kepada-NYA Maha Esa bukan hanya dalam bentuk Ibadat sembahyang semata-mata tetapi pengabdian kepadanya dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari celiknya mata hingga pejam mata.

Ingatlah adik-adiku penciptaan kita dimuka bumi ini adalah sebagai KHALIFAH yang memegang amanah besar dan berat yang dan tidak sanggup di pikul oleh gunung dan ganang.

Firman ALLAH S.W.T :


         


30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( AL-BAQARAH : 30 )


                ••   


21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ( SURAH AL-HASYR : 21)



Peranan sebagai khalifah adalah memelihara agama dan memerintah mukabumi ini dengan sebaiknya dan tidak melakukan sebarang kerosakan diatas muka bumi ini.


الخليفة : حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Khalifah : Memelihara Agama memerintah dunia dengan agama (berpandukan Syariat)
Bukanlah seperti yang disbutkan oleh sebahagian manusia ……


دع ما لقيصر لقيصر وما لله لله


Serahkan urusan istana kepada istana urusan ALLAh kepada ALLAH.
Bererti memisahkan agama dari pentadbiran secara khususnyadan secara amnya memisahlkan segenap aspek kehidupan dan cara hidup harian dari agama. Ingatlah kalian sesungguhnya AGAMA ISLAM adalah agama yang membawa rahmat kepada semua.

Ingatlah adik-adiku sesungguhnya setiap aspek kehidupan kita adalah ibadat, bermula dari celiknya mata hingga dipejamnya mata. Oleh itu janganlah kalian menyimpang seinci pun dari menghambakan diri kepada-NYA. Setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita akan dihisab di hari pengadilan kelak.

Ingatlah kalian peringatan dari ALLAH

Didalam Firman-NYA :

           

65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. ( SURAH YASIN : 65)


Adik-Adiku sesungguhnya terdapat perbezaan yang amat ketara diantara ahli syurga dan ahli neraka.Oleh itu segeral dan berlumbalah kalian dalam menempatkan diri sebagai sebagai penghuninya syurga. Sesungguhnya nikmat syurga tidak dapat digambarkan kerana indahnya dan cantiknya pemandangan di dunia, indah dan cantik lagi pemandangan syurga ALLAH tempat yang menjadi penjara bg mereka yg kafir.

Ya ALLAH....masukkanlah kami kedalam syurga bersama para anbiya, auliya solihin dan jadikanlah kami di antara penghuni-penghuninya.


FIRMAN ALLAH S.W.T :


   •  •   •   


20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini). (SURAH AL-HASYR : 20)


     •   •    

102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. (SURAH ALI-IMRAN : 102)


Oleh itu ingatlah kalian, sesungguhnya nikmat-nikmat ALLAH yang telah dikurniakan buat hambanya yang dikasihi tidak akan terbalasoleh itu jagalah hubungan kalian dengan AL-KHALIK yang maha pengasih dan penyayang. Segeralah pohon keampunan dari-NYA kerana IAlah Maha Pengampun dan Pengasih.


        

106. Dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (SURAH AN-NISA' : 106)



الفقير إلى الله
Pengembara miskin
(mohamadkhatebhjharun)

Thursday, July 15, 2010

USIA MUDA

ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur kepada ALLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM kerana telah memberi peluang untuk bernyawa menghirup udara yang segar serta merasai nikmat duniawi. Bercakap pasal nikmat ALLAH, pernahkan kita terfikir nikmat usia muda yang telah dikurniakan ALLAH S.W.T kepada kita? Kemanakah kita manfaatkannya? Satu persoalan yang agak susah untuk dijawab, hatta orang yang menulis ni pun comfirm tidak dapat menjawab persoalan ini , mungkin juga soalan ini terlalu mahal dan bernilai 1 000 000 ringgit kalau dinisbahkan dengan nilai soalan program “ Who Wants To Be A millionaires”.Mahal atau tidak itu tidak penting, apa yang pentingnya ialah "ke mana dan untuk apa kita manfaatkan usia muda kita. Tepuk dada tanyalah diri kita mengenainya.

Usia muda amatlah berharga, nilai harganya melebihi permata di lautan,bahkan ianya lebih berharga dari emas dan perak. Oleh itu marilah sama-sama kita renungi peringatan dari Baginda junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Saidina Abdullah Bin Abbas R.A (Ibnu Abbas). Sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang lelaki sebagai peringatan kepada lelaki tersebut :

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه :

"اغتنم خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك"


“Ingat lima perkara sebelum lima perkara : Muda-mu sebelum tua-mu, sihat-mu sebelum sakit-mu , kaya-mu sebelum fakir-mu, masa lapang-mu sebelum masa sibuk-mu, hidup-mu sebelum mati-mu”


Jelas sekali usia muda amatlah berharga. Kita selaku manusia yang telah dikurniakan akal fikiran yang waras maka pertimbangkanlah usia kita yang muda ini kemana kita hendak manfaatkannya.


Sekiranya kita mahu memanfaatkan usia muda kita dengan menuntut ilmu maka jadikanlah pesanan Imam Al-Ghazali didalam risalah beliau (أيها الولد) kepada anak muridnya sebagai timbangan.


أيها الولد : ولو قرأت العلم مائة سنة وجمعت ألف كتاب لا تكون مستعدا لرحمة الله إلا بالعمل


Wahai anakku yang tercinta : “Sekalipun engkau telah membaca / mempelajari ilmu seratus tahun dan engkau menghimpun seribu kitab nescaya engkau masih belum mendapat rahmat ALLAH kecuali dengan engkau beramal dengan Ilmu”.


br&ur }§øŠ©9 Ç`»|¡SM~Ï9 žwÎ) $tB 4Ótëy ÇÌÒÈ


39. Dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya; ( surah An-Najm : ayat 39)


ö@è% !$yJ¯RÎ) O$tRr& ׎|³o0 ö/ä3è=÷WÏiB #Óyrqム¥n<Î) !$yJ¯Rr& öNä3ßg»s9Î) ×m»s9Î) ÓÏnºur ( `yJsù tb%x. (#qã_ötƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u ö@yJ÷èuù=sù WxuKtã $[sÎ=»|¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u #Jtnr& ÇÊÊÉÈ


110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".(Surah Al-Kahfi : Ayat 110 )


(#qä3ysôÒuù=sù WxÎ=s% (#qä3ö7uŠø9ur #ZŽÏVx. Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç7Å¡õ3tƒ ÇÑËÈ


82. Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah usahakan. ( Surah At-Taubah : 82)


¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ôMtR%x. öNçlm; àM»¨Zy_ Ĩ÷ryŠöÏÿø9$# »wâçR ÇÊÉÐÈ tûïÏ$Î#»yz $pkŽÏù Ÿw tbqäóö7tƒ $pk÷]tã ZwuqÏm ÇÊÉÑÈ


107. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108. Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. ( Surah Al-Kahfi : Ayat 107-108 )


žwÎ) `tB z>$s? šÆtB#uäur Ÿ@ÏJtãur WxyJtã $[sÎ=»|¹ šÍ´¯»s9'ré'sù ãAÏdt6ムª!$# ôMÎgÏ?$t«Íhy ;M»uZ|¡ym 3 tb%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÐÉÈ


70. Kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Furqan : Ayat 70 )


Sekiranya usia muda kita ini kita hendak habiskan dengan beribadat meletakan diri kita sebagai golongan pemuda yang akan mendapat perlindungan ALLAH dihari akhirat kelak seperti mana yang telah di sabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam hadis baginda :


سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله : الإمام العادل وشاب نشأ فى عبادة الله ورجل قلبه معلق بالمساجد ورجلان تحابا فى الله اجتمعا على ذلك وتفرقا عليه ورجل دعته ذات منصب وجمال فقال إنى أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه


Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan ALLAH di Hari Akhirat kelak : Pemimpin yang adil, Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada ALLAH S.W.T, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang lelaki bertemu dan berpisah kerana ALLAH, lelaki digoda wanita yang cantik lalu dia berkata “sesungguhnya aku takut kepada ALLAH”, lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikan perbuatannya, lelaki apabila disebut nama ALLAh lalu berlenangan airmatanya kerana takut kepada ALLAH.


Maka ingatlah dan jadikanlah Kalam Sufi ini sebagai timbangannya :-


الأعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الإخلاص


Amalan adalah Gambar yang paling berharga, maka rohnya adalah rahsia KEIKHLASAN


Hendaklah kita ikhlas diri didalam melakukan ibadat tersebut bukan untuk mendapatkan apa-apa habuan atau ganjaran kerana semua kurniaan tersebaut adalah RAHMAT dari ALLAH S.W.T kepada hambanya yang beribadat dengan dengan penuh KEIKHLASAN.


Sekiranya kita hendak habiskan usia kita yang muda ini dengan bergembira ingatlah nasihat dari Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya :


" علامة إعراض الله تعالى عن العبد اشتغاله بما لا يعنيه ,وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره فى غير ما خلق له لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار "


Tanda ALLAH S.W.T tidak bersama dengan seseorang hamba itu ialah , ianya menyibukkan dirinya didalam perkara yang tidak berfaedah, dan seseorang akan hilang setiap detik dari umurnya pada perkara yg dilakukannya , nescaya wajar diberikan peluang untuk penyesalan. Dan sesiapa yang menjangkaui umur empat puluh perkara kebaikannya tidak dapat menandingi perkara kejahatannya/keburukannya maka dia akan dihumban ke neraka.


Dari Hadis tadi mereka yang tidak mendapat rahmat da naugan AllAH akan sentiasa menyibukan diri didalam perkara yang melalaikan, setiap detika masa yang berlalu yang tidak jelas sekali betapa sayangnya ALLAh S.W.T terhadap hambanya dari kalangan Umat Nabi Muhammad S.A.W sekalipun kita sentiasa menderhakainya, bahkan kita diberi peluang untuk menyesalinya keatas perbuatan mungkar yang kita lakukan . peluang tersebut diberikan sehingga umur kita menjangkaui 40 tahun. Persoalan yang patut di timbulkan disini adakah kita yakin yang kita akan hidup dan merasai nikmat bernyaw a lagi esok atau lusa atau seterusnya atau sampai umur 40? Jadi renung-renungkanlah…


والله أعلم

الفقير إلى الله

محمد القاسم ( محمد خطيب هارون إدريس )