بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum W.T.H….
Ingatlah adik-adiku, kita telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan sebaik-baik ciptaan. Kita juga adalah sebaik-baik makhluk yang melata dimuka bumi ini kerana telah dikurniakan akal untuk berfikir, kita juga telah dikurniakan IlMU untuk dijadikan penyuluh kehidupan kita. Kita juga adalah semulia-mulia makhluk kerana telah dikurniakan Nafsu. Tetapi kalian harus ingat, jangan biarkan nafsu menguasai diri kalian sebaiknya biarlah iman yang menguasai kalian. Sekalipun IMAN itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan. kurangnya IMAN adalah disebabkan kalian telah menjauhkan diri untuk melakukan ketaatan kepadanya, bertambahnya IMAN disebabkan kalian patuh dan taat kepada perintahnya dan kalian telah merasai HALAWATUL IMAN.
Ingatlah adik-adiku jika terdapat kecacatan pada diri kita ianya adalah ujian dari-NYA untuk kita. Kiranya kita bersyukur dengan dengan apa yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita nescaya rahmat ALLAh akan sentiasa bersama kita. Jadi usahlah engkau bimbang, apa yang berlaku pada kalian ada HIKMAH yang tersirat sebaliknya.
FIRMAN ALLAH S.W.T :
4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). ( SURAH AT-TIN : 4)
5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. (SURAH AL-ALAQ : 5)
Tujuan penciptaan kita adalah untuk beribadat dan melakukan ketaatan kepada -NYA selaku AL-KHALIK yang layak disembah HUWA HAYYUN LA YAMUT.
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( SURAH AZ-DZARIYAT : 56 )
Ibadat dan penyembahan kepada-NYA Maha Esa bukan hanya dalam bentuk Ibadat sembahyang semata-mata tetapi pengabdian kepadanya dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari celiknya mata hingga pejam mata.
Ingatlah adik-adiku penciptaan kita dimuka bumi ini adalah sebagai KHALIFAH yang memegang amanah besar dan berat yang dan tidak sanggup di pikul oleh gunung dan ganang.
Firman ALLAH S.W.T :
30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( AL-BAQARAH : 30 )
••
21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ( SURAH AL-HASYR : 21)
Peranan sebagai khalifah adalah memelihara agama dan memerintah mukabumi ini dengan sebaiknya dan tidak melakukan sebarang kerosakan diatas muka bumi ini.
الخليفة : حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Khalifah : Memelihara Agama memerintah dunia dengan agama (berpandukan Syariat)
Bukanlah seperti yang disbutkan oleh sebahagian manusia ……
دع ما لقيصر لقيصر وما لله لله
Serahkan urusan istana kepada istana urusan ALLAh kepada ALLAH.
Bererti memisahkan agama dari pentadbiran secara khususnyadan secara amnya memisahlkan segenap aspek kehidupan dan cara hidup harian dari agama. Ingatlah kalian sesungguhnya AGAMA ISLAM adalah agama yang membawa rahmat kepada semua.
Ingatlah adik-adiku sesungguhnya setiap aspek kehidupan kita adalah ibadat, bermula dari celiknya mata hingga dipejamnya mata. Oleh itu janganlah kalian menyimpang seinci pun dari menghambakan diri kepada-NYA. Setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita akan dihisab di hari pengadilan kelak.
Ingatlah kalian peringatan dari ALLAH
Didalam Firman-NYA :
65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. ( SURAH YASIN : 65)
Adik-Adiku sesungguhnya terdapat perbezaan yang amat ketara diantara ahli syurga dan ahli neraka.Oleh itu segeral dan berlumbalah kalian dalam menempatkan diri sebagai sebagai penghuninya syurga. Sesungguhnya nikmat syurga tidak dapat digambarkan kerana indahnya dan cantiknya pemandangan di dunia, indah dan cantik lagi pemandangan syurga ALLAH tempat yang menjadi penjara bg mereka yg kafir.
Ya ALLAH....masukkanlah kami kedalam syurga bersama para anbiya, auliya solihin dan jadikanlah kami di antara penghuni-penghuninya.
FIRMAN ALLAH S.W.T :
• • •
20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini). (SURAH AL-HASYR : 20)
• •
102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. (SURAH ALI-IMRAN : 102)
Oleh itu ingatlah kalian, sesungguhnya nikmat-nikmat ALLAH yang telah dikurniakan buat hambanya yang dikasihi tidak akan terbalasoleh itu jagalah hubungan kalian dengan AL-KHALIK yang maha pengasih dan penyayang. Segeralah pohon keampunan dari-NYA kerana IAlah Maha Pengampun dan Pengasih.
106. Dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (SURAH AN-NISA' : 106)
الفقير إلى الله
Pengembara miskin
(mohamadkhatebhjharun)

No comments:
Post a Comment