PESANAN BUAT MEREKA YANG CINTAKAN ILMU.

قال الإمام برهان الزرنوجي :-

تعلم فإن العلم زين لأهله # وفضل وعنوان لكل المحامد

وكن مستفيدا كل يوم زيادة # من العلم واسبح فى بحور الفوائد

تفقه فإن الفقه أفضل قائد # إلى البر والتقوى وأعدل قاصد

هو العلم الهادي إلى سنن الهدى # هو الحصن من جميع الشدائد

فإن فقيها واحدا متورعا # أشد على الشيطان من ألف عابد

bunga maksud yang tersirat

bunga maksud yang tersirat
SELAMAT DATANG........
table>

widgeo.net

Friday, July 16, 2010

WARKAH BUAT ADIK-ADIKU

بسم الله الرحمن الحيم

Assalamualaikum W.T.H….
Ingatlah adik-adiku, kita telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan sebaik-baik ciptaan. Kita juga adalah sebaik-baik makhluk yang melata dimuka bumi ini kerana telah dikurniakan akal untuk berfikir, kita juga telah dikurniakan IlMU untuk dijadikan penyuluh kehidupan kita. Kita juga adalah semulia-mulia makhluk kerana telah dikurniakan Nafsu. Tetapi kalian harus ingat, jangan biarkan nafsu menguasai diri kalian sebaiknya biarlah iman yang menguasai kalian. Sekalipun IMAN itu adakalanya bertambah dan adakalanya berkurangan. kurangnya IMAN adalah disebabkan kalian telah menjauhkan diri untuk melakukan ketaatan kepadanya, bertambahnya IMAN disebabkan kalian patuh dan taat kepada perintahnya dan kalian telah merasai HALAWATUL IMAN.

Ingatlah adik-adiku jika terdapat kecacatan pada diri kita ianya adalah ujian dari-NYA untuk kita. Kiranya kita bersyukur dengan dengan apa yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita nescaya rahmat ALLAh akan sentiasa bersama kita. Jadi usahlah engkau bimbang, apa yang berlaku pada kalian ada HIKMAH yang tersirat sebaliknya.

FIRMAN ALLAH S.W.T :

      


4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya). ( SURAH AT-TIN : 4)



     

5. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya. (SURAH AL-ALAQ : 5)



Tujuan penciptaan kita adalah untuk beribadat dan melakukan ketaatan kepada -NYA selaku AL-KHALIK yang layak disembah HUWA HAYYUN LA YAMUT.



      

56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( SURAH AZ-DZARIYAT : 56 )


Ibadat dan penyembahan kepada-NYA Maha Esa bukan hanya dalam bentuk Ibadat sembahyang semata-mata tetapi pengabdian kepadanya dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari celiknya mata hingga pejam mata.

Ingatlah adik-adiku penciptaan kita dimuka bumi ini adalah sebagai KHALIFAH yang memegang amanah besar dan berat yang dan tidak sanggup di pikul oleh gunung dan ganang.

Firman ALLAH S.W.T :


         


30. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( AL-BAQARAH : 30 )


                ••   


21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misal Perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ( SURAH AL-HASYR : 21)



Peranan sebagai khalifah adalah memelihara agama dan memerintah mukabumi ini dengan sebaiknya dan tidak melakukan sebarang kerosakan diatas muka bumi ini.


الخليفة : حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Khalifah : Memelihara Agama memerintah dunia dengan agama (berpandukan Syariat)
Bukanlah seperti yang disbutkan oleh sebahagian manusia ……


دع ما لقيصر لقيصر وما لله لله


Serahkan urusan istana kepada istana urusan ALLAh kepada ALLAH.
Bererti memisahkan agama dari pentadbiran secara khususnyadan secara amnya memisahlkan segenap aspek kehidupan dan cara hidup harian dari agama. Ingatlah kalian sesungguhnya AGAMA ISLAM adalah agama yang membawa rahmat kepada semua.

Ingatlah adik-adiku sesungguhnya setiap aspek kehidupan kita adalah ibadat, bermula dari celiknya mata hingga dipejamnya mata. Oleh itu janganlah kalian menyimpang seinci pun dari menghambakan diri kepada-NYA. Setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita akan dihisab di hari pengadilan kelak.

Ingatlah kalian peringatan dari ALLAH

Didalam Firman-NYA :

           

65. Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan. ( SURAH YASIN : 65)


Adik-Adiku sesungguhnya terdapat perbezaan yang amat ketara diantara ahli syurga dan ahli neraka.Oleh itu segeral dan berlumbalah kalian dalam menempatkan diri sebagai sebagai penghuninya syurga. Sesungguhnya nikmat syurga tidak dapat digambarkan kerana indahnya dan cantiknya pemandangan di dunia, indah dan cantik lagi pemandangan syurga ALLAH tempat yang menjadi penjara bg mereka yg kafir.

Ya ALLAH....masukkanlah kami kedalam syurga bersama para anbiya, auliya solihin dan jadikanlah kami di antara penghuni-penghuninya.


FIRMAN ALLAH S.W.T :


   •  •   •   


20. Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang Yang beroleh kemenangan (mendapat Segala Yang diingini). (SURAH AL-HASYR : 20)


     •   •    

102. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam. (SURAH ALI-IMRAN : 102)


Oleh itu ingatlah kalian, sesungguhnya nikmat-nikmat ALLAH yang telah dikurniakan buat hambanya yang dikasihi tidak akan terbalasoleh itu jagalah hubungan kalian dengan AL-KHALIK yang maha pengasih dan penyayang. Segeralah pohon keampunan dari-NYA kerana IAlah Maha Pengampun dan Pengasih.


        

106. Dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (SURAH AN-NISA' : 106)



الفقير إلى الله
Pengembara miskin
(mohamadkhatebhjharun)

Thursday, July 15, 2010

USIA MUDA

ALHAMDULILLAH segala puji dan syukur kepada ALLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM kerana telah memberi peluang untuk bernyawa menghirup udara yang segar serta merasai nikmat duniawi. Bercakap pasal nikmat ALLAH, pernahkan kita terfikir nikmat usia muda yang telah dikurniakan ALLAH S.W.T kepada kita? Kemanakah kita manfaatkannya? Satu persoalan yang agak susah untuk dijawab, hatta orang yang menulis ni pun comfirm tidak dapat menjawab persoalan ini , mungkin juga soalan ini terlalu mahal dan bernilai 1 000 000 ringgit kalau dinisbahkan dengan nilai soalan program “ Who Wants To Be A millionaires”.Mahal atau tidak itu tidak penting, apa yang pentingnya ialah "ke mana dan untuk apa kita manfaatkan usia muda kita. Tepuk dada tanyalah diri kita mengenainya.

Usia muda amatlah berharga, nilai harganya melebihi permata di lautan,bahkan ianya lebih berharga dari emas dan perak. Oleh itu marilah sama-sama kita renungi peringatan dari Baginda junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Saidina Abdullah Bin Abbas R.A (Ibnu Abbas). Sabda Rasulullah S.A.W kepada seorang lelaki sebagai peringatan kepada lelaki tersebut :

قال رسول الله صلي الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه :

"اغتنم خمسا قبل خمس : شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناك قبل فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك"


“Ingat lima perkara sebelum lima perkara : Muda-mu sebelum tua-mu, sihat-mu sebelum sakit-mu , kaya-mu sebelum fakir-mu, masa lapang-mu sebelum masa sibuk-mu, hidup-mu sebelum mati-mu”


Jelas sekali usia muda amatlah berharga. Kita selaku manusia yang telah dikurniakan akal fikiran yang waras maka pertimbangkanlah usia kita yang muda ini kemana kita hendak manfaatkannya.


Sekiranya kita mahu memanfaatkan usia muda kita dengan menuntut ilmu maka jadikanlah pesanan Imam Al-Ghazali didalam risalah beliau (أيها الولد) kepada anak muridnya sebagai timbangan.


أيها الولد : ولو قرأت العلم مائة سنة وجمعت ألف كتاب لا تكون مستعدا لرحمة الله إلا بالعمل


Wahai anakku yang tercinta : “Sekalipun engkau telah membaca / mempelajari ilmu seratus tahun dan engkau menghimpun seribu kitab nescaya engkau masih belum mendapat rahmat ALLAH kecuali dengan engkau beramal dengan Ilmu”.


br&ur }§øŠ©9 Ç`»|¡SM~Ï9 žwÎ) $tB 4Ótëy ÇÌÒÈ


39. Dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya; ( surah An-Najm : ayat 39)


ö@è% !$yJ¯RÎ) O$tRr& ׎|³o0 ö/ä3è=÷WÏiB #Óyrqム¥n<Î) !$yJ¯Rr& öNä3ßg»s9Î) ×m»s9Î) ÓÏnºur ( `yJsù tb%x. (#qã_ötƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u ö@yJ÷èuù=sù WxuKtã $[sÎ=»|¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u #Jtnr& ÇÊÊÉÈ


110. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".(Surah Al-Kahfi : Ayat 110 )


(#qä3ysôÒuù=sù WxÎ=s% (#qä3ö7uŠø9ur #ZŽÏVx. Lä!#ty_ $yJÎ/ (#qçR%x. tbqç7Å¡õ3tƒ ÇÑËÈ


82. Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa Yang mereka telah usahakan. ( Surah At-Taubah : 82)


¨bÎ) tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=ÏHxåur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ôMtR%x. öNçlm; àM»¨Zy_ Ĩ÷ryŠöÏÿø9$# »wâçR ÇÊÉÐÈ tûïÏ$Î#»yz $pkŽÏù Ÿw tbqäóö7tƒ $pk÷]tã ZwuqÏm ÇÊÉÑÈ


107. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108. Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. ( Surah Al-Kahfi : Ayat 107-108 )


žwÎ) `tB z>$s? šÆtB#uäur Ÿ@ÏJtãur WxyJtã $[sÎ=»|¹ šÍ´¯»s9'ré'sù ãAÏdt6ムª!$# ôMÎgÏ?$t«Íhy ;M»uZ|¡ym 3 tb%x.ur ª!$# #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÐÉÈ


70. Kecuali orang Yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal Yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka Dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Al-Furqan : Ayat 70 )


Sekiranya usia muda kita ini kita hendak habiskan dengan beribadat meletakan diri kita sebagai golongan pemuda yang akan mendapat perlindungan ALLAH dihari akhirat kelak seperti mana yang telah di sabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam hadis baginda :


سبعة يظلهم الله فى ظله يوم لا ظل إلا ظله : الإمام العادل وشاب نشأ فى عبادة الله ورجل قلبه معلق بالمساجد ورجلان تحابا فى الله اجتمعا على ذلك وتفرقا عليه ورجل دعته ذات منصب وجمال فقال إنى أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه


Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan ALLAH di Hari Akhirat kelak : Pemimpin yang adil, Pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada ALLAH S.W.T, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang lelaki bertemu dan berpisah kerana ALLAH, lelaki digoda wanita yang cantik lalu dia berkata “sesungguhnya aku takut kepada ALLAH”, lelaki yang bersedekah lalu menyembunyikan perbuatannya, lelaki apabila disebut nama ALLAh lalu berlenangan airmatanya kerana takut kepada ALLAH.


Maka ingatlah dan jadikanlah Kalam Sufi ini sebagai timbangannya :-


الأعمال صور قائمة وأرواحها وجود سر الإخلاص


Amalan adalah Gambar yang paling berharga, maka rohnya adalah rahsia KEIKHLASAN


Hendaklah kita ikhlas diri didalam melakukan ibadat tersebut bukan untuk mendapatkan apa-apa habuan atau ganjaran kerana semua kurniaan tersebaut adalah RAHMAT dari ALLAH S.W.T kepada hambanya yang beribadat dengan dengan penuh KEIKHLASAN.


Sekiranya kita hendak habiskan usia kita yang muda ini dengan bergembira ingatlah nasihat dari Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W kepada umatnya :


" علامة إعراض الله تعالى عن العبد اشتغاله بما لا يعنيه ,وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره فى غير ما خلق له لجدير أن تطول عليه حسرته, ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار "


Tanda ALLAH S.W.T tidak bersama dengan seseorang hamba itu ialah , ianya menyibukkan dirinya didalam perkara yang tidak berfaedah, dan seseorang akan hilang setiap detik dari umurnya pada perkara yg dilakukannya , nescaya wajar diberikan peluang untuk penyesalan. Dan sesiapa yang menjangkaui umur empat puluh perkara kebaikannya tidak dapat menandingi perkara kejahatannya/keburukannya maka dia akan dihumban ke neraka.


Dari Hadis tadi mereka yang tidak mendapat rahmat da naugan AllAH akan sentiasa menyibukan diri didalam perkara yang melalaikan, setiap detika masa yang berlalu yang tidak jelas sekali betapa sayangnya ALLAh S.W.T terhadap hambanya dari kalangan Umat Nabi Muhammad S.A.W sekalipun kita sentiasa menderhakainya, bahkan kita diberi peluang untuk menyesalinya keatas perbuatan mungkar yang kita lakukan . peluang tersebut diberikan sehingga umur kita menjangkaui 40 tahun. Persoalan yang patut di timbulkan disini adakah kita yakin yang kita akan hidup dan merasai nikmat bernyaw a lagi esok atau lusa atau seterusnya atau sampai umur 40? Jadi renung-renungkanlah…


والله أعلم

الفقير إلى الله

محمد القاسم ( محمد خطيب هارون إدريس )